TENTANG KAMI



MUTIARA GLOBAL MARKETING
(00202068303-W)



Ditubuhkan pada 14 September 2011 beralamat di B2-3-1, Solaris Dutamas 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur. Mutiara Global Marketing (MGM) ini dijalankan secara persendirian. Walau bagaimanapun, MGM ini  diselenggarakan oleh beberapa orang pengurus dan supervisor yang berpengalaman  dalam bidang masing- masing.



RASIONAL PENUBUHAN


Pada waktu era millennium ini,  ramai yang di dalam keadaan sedar atau tidak sedar bahawa dunia semakin maju dengan pembangunan dan teknologi canggih, tetapi dalam pada itu kecanggihan tersebut telah mengakibatkan berbagai-bagai penyakit dan antara  yang digeruni oleh masyarakat dunia iaitu “Kanser” atau “Barah” yang semakin lama semakin tidak dapat dibendung. Seiring dengan itu, MGM merasakan bahawa kami harus mengambil bahagian bersama- sama membantu membendung penyakit-penyakit di era baru ini walaupun di dalam ruang lingkup yang kecil, demi kesejahteraan masyarakat sejagat.



Bersesuaian dengan suasana dan keadaan seperti yang dinyatakan di atas, kami percaya bahawa yang menjadi asas dengan memberi nilai tambah di dalam bidang kesihatan kami ingin berkongsi bersama tentang khasiat B17 atau dikenali biji Apricot dan dibantu dengan MANNA atau juga dikenali sebagai pohon Acacia atau juga dipanggil Arabic Gum. Dengan gabungan dua bahan yang hebat ini yang dikurniakan oleh Tuhan Yang Maha Esa dapat membantu melawan penyakit terutamanya kanser.  Kenyataan kehebatan dua bahan ini menjadi inspirasi untuk kami MGM berusaha untuk melahirkan dua produk kesihatan B17 dan MANNA dalam bentuk kopi dan jus.



Dari perspektif komersil, ianya cukup terang dan jelas untuk kami MGM mengorak langkah memasarkan produk kami ini, yang mana sangat diperlukan oleh semua lapisan masyarakat. Justeru permintaan dalam dan luar negara amat baik dan kami akan memasarkan secara berperingkat- peringkat.



Maka rasionalnya penubuhan MGM ini mengikut perspektif kami ialah untuk menjadi pemangkin kepada cabang usaha memartabatkan kesihatan masyarakat sejagat. Di samping memberi satu peluang perniagaan yang kompetitif, bidang yang luas dan mempunyai potensi perniagaan jangka panjang hebat.



JUSTIFIKASI

(a)             Setakat  ini terdapat hanya satu syarikat sahaja yang mengeluarkan produk B17 dalam bentuk kopi dan jus.



(b)            Terdapat permintaan yang tinggi terhadap produk ini, mengikut analisa dan tinjauan kami.



                    CARTA ORGANISASI MUTIARA GLOBAL MARKETING


                                  SIJIL PENGESAHAN